Shah Rukh Khan Dedah Kisah Hidup Ibunya Yang Merupakan Seorang Muslim

No Comments

Shah Rukh Khan Dedah Kisah Tentang Ibunya Yang Merupakan Seorang Muslim. Nama Shah Rukh Khan sentiasa meniti dibibir peminat bollywod, kelibatnya dipentas dunia lakonan sentiasa menjadi igauan dan sebutan peminat di seluruh dunia. Namun ramai yang tak tahu berkenaan dengan siapakah ibunya dan bagaimana kisah hidup ibu kepada pelakon popular tersebut. Ibunya bernama Lateef Fatima Khan yang merupakan seorang muslim..

Wajahnya jarang kita lihat samada dikaca tv ataupun dalam akhbar. Inilah kali pertama Shah Rukh Khan mendedahkan gambar ibunya di ulang tahun ke 74 ibu pelakon tersohor bolywood ini.

walaupun ibunya sudah tiada Shah Rukh Khan tetap mengingati ibunya.  Aktor tampan Shahrukh Khan sepertinya sedang dilanda rasa emosional yang teramat dalam. Namun dia masih boleh menyembunyikan perasaan tersebut dengan sedikit gurauan yang  namun dikemas seolah hal yang serius.

Saat istimewa yang membuat Shah Rukh Khan merasa sedikit emosional tak lain dan tak bukan adalah hari ulang tahun ibunya yang jatuh pada Rabu (1/7).

Tidak hanya berdiam begitu sahaja, seperti anak-anak yang lain, Shahrukh Khan pun akhirnya berkicau akan hal ini.


"Dia hari ini seharusnya berusia 74 tahun dan aku mungkin akan ditampar kerana sudah memberitahukan usianya. Hari ini adalah hari yang bahagia," tulisnya.

Tidak hairanlah jika pelakon ini begitu terkenal diseluruh dunia sehingga mendapat gelaran Datuk di Malaysia jika beginilah sikapnya kepada ibunya yang sudah lama meninggal dunia. Hanya anak durjana sahaja yang tidak sayangkan ibunya.

Ibu bapa Shah Rukh Khan sebenarnya seorang muslim. Apabila ditanya berhubung dengan agamanya, ini adalah jawapan dari Shah Rukh Khan:

"Saya bukan agama dari segi bacaan namaz [doa] lima kali tetapi saya Islam. Saya percaya pada rukun Islam dan saya percaya bahawa itu agama yang baik dan disiplin yang baik"

back to top